Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog 2015…Biar betul.KB pun nak join sekali contest seo yang hangit di pasaran masa kini.Walau pun target sekadar nak dapat backlink maka rasa tak salah mencuba.Lagipun penyertaan percuma.Hadiahnya wow.Cukup lumayan.Tempat pertama jika berada top carian Google boleh sembat RM1500.Banyak tu.

Namun begitu izinkan KB nak mentakrifkan apa yang dimaksudkan sebagai Malaysia Best Blog.Menurut pemahaman KB yang masih belajar menjadi blogger ialah best blog ialah blog yang digemari ramai lemak berkrim,bermanfaat secara total,trafik yang penuh sesak dan para komentar yang beratus-ratus.Lain orang lain pendapatnya.Bagi KB pilih berdasarkan rasa hati sendiri.Anda setuju atau tidak KB tak kisah kerana setiap blog ada keunikan dan kehebatan yang tersendiri.

Jadi tanpa ragu-ragu dan prejudis KB cuba nak menyenaraikan 15 blog terbaik menurut budi bicara KB.

1.Denaihati.com

Denaihati.com adalah blog yang mempunyai aura tersendiri.Blog ini mempunyai reputasi yang tinggi kerana selalu menganjurkan contest yang lumayan.Pengisian blognya adalah isu global,islamik dan sedikit kisah peribadi.Tarikan utama blog ini ialah kerana pengaruh jenama blog personal no. 1 di Malaysia.

2.Hasrulhassan.com

Ada yang mengelarkan blog ini sebagai lubuk SEO.Pelbagai tips dan panduan yang percuma diumpankan dalam blog yang memang terbaik di kalangan pengguna blogspot.Para penggunjung bertandang tanpa henti manakala terbitan artikel sentiasa dikemaskini.Boleh dikatakan pemiliknya sentiasa bersama blog sehari dan semalam.

3.Relakssminda.blogspot.com

Pemiliknya seorang yang low profile.Jarang-jarang menampilkan wajahnya yang handsome.Sama macam HB sendiri.Apa yang pasti blog ini terbaik kerana penulisan yang menepati ciri-ciri SEO.Penggunaan bahasa yang bermutu tinggi.Tetapi awas komentar dari pemilik blog ini agak kontroversi.

4.Hidupringkas.com

Secara jujur KB suka dengan blog ini kerana niche perniagaan.Banyak tip perniagaan dan penyelitan unsur-unsur motivasi ada di dalammnya.Idea yang cukup bernas dan telah memanipulasikan minda HB bahawa pemilikan blog ini adalah seorang yang genius.Tidak keterlaluan kalau HB katakan antara blog yang menampilkan idea perniagaan yang dipermudahkan.

5.Ahmadfaizal.com

Blog yang santai.Namun penulisan ada ilmu yang mantap untuk menceritakan pengalaman seorang blogger sejak tahun 2011.Bila bercerita tentang cara dapat duit dari affiliate memang berpuluh blogger datang untuk membacanya.Itu belum termasuk pembaca senyap yang tidak meninggalkan jejak.

6.Tehramuan.com

Satu blog yang unik dan tersendiri.Ada niche pantun yang jarang-jarang ada blog lain cuba menyainginya.Apa yang menarik tentang blog ini ialah penulisan yang ringkas.Seronok dibaca sambil  terhibur dengan pantun yang disediakan untuk pembaca.Pembaca juga diajak untuk pantun bersama dan cara ini menghidupkan budaya pantuan di alam maya.

7.Khirkhalid.com

Kehebatan blog ini terletak kepada penulisan yang lain dari yang lain.Penulisan terhadap isu sosial dan dunia patrol pihak banduan.Selain itu blognya sangat mementingkan penulisan yang cukup bagus.Satu perkataan untuk mengambarkannya ialah ..terbaik.

8.Bloggerlelaki.com

Siapa yang belum kenal blog ini kalau bukan blogger gadis-gadis pingitan.Oh,bukan itu maksud HB.Blog ini sangat bagus kerana theme yang cantik,artikel yang menarik dan idea-idea penulisan yang memikat hati pembaca.Selain itu sarat dengan pandangannya yang bernas tentang permasalah masyarakat tempatan dan antarabangsa.

9.Anakaskarpencen.com

Terpandang kepada domain blog ini,HB dapat menilai bahawa pemiliknya adalah bekas pejuang negara.Ciri-ciri kepahlawanan itu memang ada terpancar dalam penulisan blog ini.Banyak isu diketengahkan dari soal kecil bersifat peribadi sehingga persoalan besar melibatkan isu negara.HB suka blog ini kerana  penggunaan bahasa yang sentiasa betul di pasaran.

10.Sensasi2020.com

Antara blog yang konsisten dan masih aktif sejak HB menceburi diri dalam dunia blogging.HB amat tertarik kerana pengisian blog ini.Ianya bukan calang-calang.Isu yang diketengahkan akan dikupas dengan mendalam dan teliti.Membaca penulisannya memberi kelegaan kepada minda kita semua.

11.Wargaalam.blogspot.com

Blog ini berbentuk travelling.Banyak gambar menarik dan coretan yang mencuit hati.Kadang-kadang HB terfikir juga bagaimana penulis blog inj dapat duit untuk melancong dan bersiar-siar.Namun HB tak nak sesakkan fikiran kerana apa yang penting perkongsian foto-foto yang tempat menarik itu lebih penting.

12.Wangcyber.com

Otai-otai blogger mesti tahu tentang blog ini.Penulisan blog adalah pelbagai kerana penulisnya lain-lain.Sangat menarik kerana perkongsian ilmu yang macam-macam ada.Jangan risau kerana ilmu dan informasi yang dikongsikan ada krebiliti.Boleh percaya dan boleh diamalkan terutama dalam bidang internet markerting.

13.Puterikasih.com

Satu blog yang menarik kerana penulisan entri gaya wanita.Tidak sukar memahami ayat-ayat yang digunakan.Cuma KB takut ‘mengayat’ pemilik blog ini sahaja.Pengunaan theme yang kemas memang mengundang pembaca untuk datang dan terus datang.Terbaik blog ini tau!

14.Ohduit.com

Blog ini adalah simple dan bermain dengan konsep mininalist.KB memang suka punya.Walaupun masih baru nak kenal bukan masalah buat KB untuk menjadikan blog ini sebagai tempat rujukan.

15.e-buku.info

Blog ini bersifat komersial.Mungkin KB tersalah masuk senarai kot.Penulisan blog ini memang menjurus kepada promosi ebook-ebook terbaik di Malaysia.Jadi kerja promosi ebook secara langsung memang dipertanggungjawab dalam blog ini.Cuma teknik hard selling itu bisa memberi rasa kurang selesa kepada rakan-rakan blogger.Perlu ingat  bahawa blog ini dikhusus untuk pembaca organik yang memerlukan ilmu dalam menyelesaikan masalah mereka.

 

Coretan dari admin

Senarai yang dinyatakan adalah secara rambang.Bukan berdasarkan ranking yang terlalu beristematik.KB mengelaskan Malaysia Best Blog 2015 menurut deria rasa dan hati nurani.Mungkin ada yang tercicir namun percayalah blog kalian tetap terbaik di minda KB.Cuma kanvas blog ini tidak mengizinkan KB menulis sebanyak yang boleh.Jutawan kemaafan dipinta dari A sampai Z atau dari 0 hingga infiniti.(sampai kiamat pun tak habis kira la )

Ini adalah penyertaan KB dalam kontest SEO yang dianjurkan sebuah blog yang terbaik antara terbaik.

 

“Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.”

Tinggalkan komen