Cerita Tiga Blog

KB seorang blogger.Memang minat dunia blogging sejak tahun 2009 lagi.Namun benar-benar aktif menjelang tahun 2012.Kini dah sudah mencecah 3 tahun berblogging.Memandangkan sudah lama menulis blog tentu pengalaman dapat digarap sedikit sebanyak dalam kehidupan ini terutama dalam pengurusan masa dan cara berfikir.

Dalam coretan ini KB nak mewar-warkan beberapa perubahan yang drastik telah berlalu.Antaranya beberapa blog yang kini mengalami anjakan tranformasi pada tahun 2015.

1)Blog Hero Borneo

Ini adalah blog utama KB.Domain berbayar dan sudah diaktifkan sejak awal tahun 2014 setelah ‘kematian’ blog1malaysia.com.Domain tersebut sengnaja KB tidak perbaharui kerana kurang feel.Memang betul jika kurang feel dengan domain maka semangat berblogging akan ke laut.Nasib baik KB terfikir idea untuk domain yang lebih awesome dan mudah diingati orang lain iaitu heroborneo.com.Blog ini akan dikemas kini selang sehari untuk memberi laluan kepada blog Buku online.Fokusnya kepada ilmu hipnosis kerana ia adalah medium perkongsian ilmu kepada pembaca yang meminati bidang tersebut.

2)Blog Buku Online

Pada mulanya blog ini dikenali sebagai Portal Ilmu.Kini selepas mengalami beberapa evolusi blog tersebut cuba digerakkan dalam usaha menjana pendapatan.Sejarah penubuhannya cukup menarik.Ia adalah hasil duit dari kakiblog.my.Rezeki KB tidak sampai setahun dengn blog tersebut kerana ada masalah  sistem dan penyedia hosting.Blog Buku Online adalah cara KB membuat cara promosi affialiate ebook terbaik dari ashadee dan klikjer

3)Kaki Blog Junior

Blog yang baru dibina setelah  kakiblog.info digantung akibat penggunaan CPU yang terlampau tinggi.Pihak penyedia hosting telah suspended blog ini supaya KB menaikkan sistem ke premium.Satu teknik bijak oleh pihak penyedia hosting supaya pengguna membayar sesuatu kos.Buat masa ini KB tak mampu lagi untuk berbuat demikian.Jadi KB wujudkan blog percuma dengan hosting wordpress yang percuma juga.

Bingkisan kaki :

Nampaknya barang percuma memang bagus kepada mereka yang kurang mampu.Jika dah mampu jangan lupa untuk memberi perhatian kepada yang  berbayar pula.Sebab barang yang berbayar ada nilai yang tak ada pada yang percuma.

Sekian.Ingat blog maka ingat kakiblog.

Dapatkan panduan terhebat ini:

1)Panduan Beli Domain Murah

2)Panduan Asas Affiliate Untuk Blogger Baru (Newbie)

3)Bestnya Rezeki Suami Untuk Poligami ”

Advertisements

2 thoughts on “Cerita Tiga Blog

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s